
GAZA, 29 Julai 2015 (PNN) — Setahun selepas terkorban dalam serangan tentera Zionis pada musim panas tahun lalu, mayat seorang lagi mangsa telah ditemui di bawah runtuhan semasa kerja pembersihan runtuhan dilakukan pagi tadi.
Mangsa, Mo’men Al-Batsh, ditemui di bawah runtuhan di Hayy Al-Tuffah di timur Kota Gaza.
18 ahli keluarga Al-Batsh terkorban dalam serangan kejam jet tentera Zionis pada jam 10:30 malam, 12 Julai 2014 di kawasan al-Tuffah. Enam daripadanya adalah kanak-kanak dan tiga wanita termasuk seorang yang sedang hamil.
16 yang lain tercedera, termasuk tiga kanak-kanak dan tiga wanita. Empat daripada mereka mengalami kecederaan parah.
Dalam serangan selama 51 hari itu, lebih 16,000 buah rumah penduduk awam diserang, mengorbankan sekitar 2,300 penduduk dan mencederakan lebih 11,000 yang lain.
