Media Zionis ulang hasutan isu azan

NAZARETH, 1 Okt 2017 — Media Zionis menyambung semula kempen hasutan mereka terhadap isu masjid dan laungan azan di wilayah Palestin 1948 dan kota al-Quds yang terjajah, dengan mendakwa institusi masjid mengganggu penduduk Yahudi terutama di musim perayaan Yom Kippur.

Antara lain, laman pro-pendatang 0404 melaporkan bahawa masjid-masjid di kota al-Quds, Jaffa, Nazareth, Deir al-Assad dan kawasan-kawaan penduduk Arab yang lain tidak menghentikan “laungan” [azan], mendakwa masjid-masjid tersebut secara sengaja mengganggu penduduk Yahudi dan menyakitkan hati mereka sepanjang musim perayaan Yom Kippur.

Mereka menghasut pihak polis supaya mengambil tindakan, sambil merujuk kepada penggubalan undang-undang Zionis pada bulan Mac lalu yang mengharamkan penggunaan alat pembesar suara di masjid-masjid pada waktu malam.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts