Memorial Gaza di hadapan pejabat Kesatuan Eropah Brussels

BRUSSELS, 28 Mei 2018 — Sekumpulan aktivis Palestin mengadakan satu program memorial di hadapan pejabat Kesatuan Eropah (EU) di Brusels, bagi memperingati 4,500 mangsa pembunuhan tentera Zionis di Gaza.

Memorial tersebut bertujuan menghargai mangsa serta mengenengahkan semula isu jenayah rejim Zionis ke atas rakyat Gaza.

Mereka mengatur 4,500 pasang kasut, sebagai simbolik anggaran jumlah mangsa yang telah dibunuh oleh tentera Zionis sejak tahun 2008.

Sejak 2008, tentera Zionis telah melancarka tiga serangan besar-besaran ke atas penduduk Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 4,500 orang dan mencederakan ribuan yang lain, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts