Mendokong Perjuangan Palestin Adalah Kewajipan Agama – Al-Qarni

Sheikh-Aidh-Al-QarniGAZA, 21 Jul 2014 (MEMO | Alresalah) — Pendakwah tersohor dari Arab Saudi, Sheikh Aidh Al-Qarni, menekankan kepentingan menyokong rakyat dan pejuang Palestin di Gaza kerana ianya adalah satu kewajipan dalam agama Islam.

Dalam komentar beliau kepada Al-Resalah.Net, Al-Qarni menyebut bahawa sesiapa yang menyukarkan atau menghalang perjuangan Palestin adalah berdosa dari kaca mata agama. Beliau menyeru kerajaan Mesir dan semua bangsa Arab supaya membuka segera pintu lintasan Rafah di atas kewajipan agama dan kemanusiaan.

Beliau juga menegaskan bahawa perjuangan Palestin di Gaza akan mendapat kemenangan di mana ia akhirnya akan merubah keadaan di seluruh rantau tersebut. “Mana-mana orang Arab yang bersubahat terhadap Gaza akan dikenang dalam sejarah dengan penuh kehinaan,” kata beliau.

Tentera Zionis melancarkan kempen ketenteraan secara besar-besaran ke atas Gaza dengan membunuh 578 dan mencederakan lebih 3,300 orang penduduknya sejak 8 Julai lalu. Daripada jumlah mereka yang tercedera, 822 orang adalah kanak-kanak dan 572 orang wanita di mana sebahagian besarnya mengalami kecederaan berat atau kecatatan kekal.

Rakyat Gaza dikenakan sekatan oleh rejim Zionis sejak tahun 2007, di mana penduduknya menderita akibat kekangan keperluan asas termasuk makanan, ubat-ubatan dan bahan binaan. Kerajaan Mesir mengeruhkan lagi keadaan Gaza dengan menutup pintu di lintasan Rafah dan memusnahkan terowong bawah tanah yang selama ini menjadi talian hayat rakyat Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts