Mengenang Setahun Kesyahidan Nasser Abu Hmeid

Nasser Abu Hmeid merupakan seorang hero dan pejuang dari kem al-Ama’ri, Tebing Barat.

Beliau menghabiskan 32 tahun umurnya dengan keluar masuk penjara Zionis semenjak usia 13 tahun. Nasser dengan gelaran Singa Bertopeng telah dibunuh oleh pihak penjara Zionis dengan dinafikan rawatan kanser. Beliau syahid ketika umur 49 tahun.

Nasser, pejuang yang mengetuai dan melaksanakan operasi khas terhadap regim zionis. Malah beliau juga merupakan salah seorang muassis Briged Syuhada al-Aqsa. Dikenali sebagai orang kanan Barghouti, sekurang-kurang 12 maut Israel ditangannya semasa intifada kedua, sementara puluhan lain cedera.

Ibunya menyokong sepenuhnya aktiviti beliau. Menjadi pejuang tidak mudah, ada harga yang perlu dibayar. Antaranya:

  1. Rumah keluarga Abu Hmeid diroboh sebanyak LIMA kali oleh Zionis
  2. Zionis Membunuh abang nasser bernama Abdul Moniem Abu Hmeid
  3. Empat adiknya ditahan dengan hukuman penjara seumur hidup

Hingga hari ini, Zionis Israel masih menahan jasadnya dan enggan melepaskan sehingga tamat 7 kali hukuman penjara seumur hidupnya.

Berikut merupakan ucapan Nasser kepada rakyat palestin sebelum koma:

Saya menuju ke penghujung jalan. Pertamanya saya adalah orang Palestin dan saya bangga dengan status itu. Saya tinggalkan orang yang hebat dan perkasa yang tidak akan melupakan perjuangan dan tawanan. Saya tunduk sebagai penghormatan kepada semua rakyat Palestin yang sabar. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan betapa tenangnya saya dengan keyakinan itu. Saya tidak kecewa dipenghujung jalan , saya mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang hebat dan perkasa. Saya akan menyertai syuhada Palestin, sebahagian besarnya adalah sahabat saya. Saya akan gembira bertemu mereka. Saya percaya pada takdir allah dan percaya pada jalan yang saya pilih menentang kerajaan yang zalim” .

Nasser Abu Hmeid dari penjara Ramla pada 15 September 2022.

Surat diatas sangat menginspirasikan………..

Sumber : X Anasbadlatif

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts