Menteri Perang Zionis haramkan stesen TV al-Quds

BAITULMAQDIS, 9 Julai 2018 — Menteri Perang Zionis, Avigdor Lieberman, hari ini mengharamkan stesen TV satelit al-Quds, dengan mengunakan undang-undang anti-keganasan.

Di bawah perintah yang beliau tanda-tangani pada 3 Julai lalu itu, stesen TV al-Quds tidak akan disiarkan dalam wilayah “Israel”. Perintah tersebut tidak memberi sebarang alasan, namun pihak rejim menuduh TV al-Quds sebagai alat propaganda pergerakan Hamas.

TV al-Quds disiarkan dari Lubnan dan mempunyai koresponden di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

(DoP)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts