Menteri Perang Zionis usul hukuman mati ke atas penyerang Palestin

BAITULMAQDIS, 25 Julai 2018 — Menteri Perang Zionis Avigdor Lieberman mendesak supaya diluluskan rang undang-undang hukuman mati ke atas penduduk Palestin yang disabitkan bersalah membuat serangan anti-penjajahan.

Menteri-menteri Zionis hari ini membincangkan usul tersebut dalam satu mesyuarat kabinet keselamatan, namun tidak membuat sebarang keputusan.

Rang undang-undang yang diusulkan oleh parti Yisrael Beytenu pimpinan Lieberman itu mendapat sokongan awal parlimen Zionis pada bulan Januari lalu. Bagaimanapun, undian ke atas usul tersebut telah beberapa kali ditangguhkan.

Di bawah undang-undang tersebut, keputusan hukuman mati tidak memerlukan persetujuan sebulat suara. Undang-undang sedia ada hanya membenarkan hukuman mati dalam kes yang diputuskan oleh pendakwaan tentera.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts