Menteri Pertahanan Zionis Janji Bina Sistem Halangan Bawah Tanah

AL-QUDS, 12 Nov 2015 (PIC) — Menteri Pertahanan Zionis, Moshe Yaalon, berjanji untuk membina sistem halangan bawah tanah di sepanjang sempadan Gaza.

Radio Hebrew menyebut Yaalon sebagai berkata bahawa sistem halangan itu akan melibatkan parit yang dalam bagi menghalang penduduk Palestin melintas pagar sempadan atau menyeludup masuk melalui terowong bawah tanah ke dalam wilayah Palestin yang mereka jajah.

Jawatankuasa parlimen Zionis telah membentangkan perancangan melaksanakan sistem halangan ini dalam satu sesi mesyuarat, berikutan aduan masyarakat Yahudi yang tinggal di kawasan sempadan Gaza bahawa Yaalon telah gagal untuk memenuhi janji beliau berkaitan isu ini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts