Menteri Zionis bersama pengikutnya ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 15 Ogos 2019 — Menteri Pertanian Zionis, Uri Ariel, bersama puluhan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Mereka diiring oleh pasukan khas polis Zionis, masuk melalui Pintu al-Maghareba dan berarak di atas tapak suci umat Islam itu secara provokatif.

Keadaan di Masjid al-Aqsa menjadi tegang sejak Ahad lalu berikutan tindakan 1,700 pendatang Yahudi menceroboh masuk ketika umat Islam menyambut hari kebesaran Aidiladha. Polis Zionis enyerang para jemaah bagi memberi laluan kepada pencerobohan pendatang Yahudi. Seramai 65 ahli jemaah dilaporkan tercedera.

Isnin lalu, polis dan tentera Zionis menutup semua pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa.

Dalam perkembangan berkaitan, pertubuhan-pertubuhan Palestin mengumumkan untuk menutup semua masjid di kota Baitulmaqdis bagi menyeru semua penduduk mendirikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa, sebagai usaha menghalang pencerobohan dan provokasi Yahudi.

(PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts