Menteri Zionis lawat sinagog baharu di kejiranan penduduk Palestin

AL-QUDS, 27 Ogos 2017 — Menteri Keselamatan Zionis, Gilad Erdan, melawat sinagog Yahudi yang baharu dibina di kawasan kejiranan penduduk Islam Batn al-Hawa di bandar Silwan, selatan Masjid al-Aqsa.

Sinagog yang dibina di atas sebuah bangunan milik keluarga Abu Nab itu telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian Uri Ariel, beberapa orang ahli parlimen dan rabi serta 300 orang Yahudi Khamis lalu.

Bangunan lima tingkat itu diduduki oleh pendatang Yahudi sejak tahun 2015. Mereka mendakwa ia menempatkan sebuah sinagog Yahudi yang berasal dari Yaman pada akhir kurun ke-19. Sejak mereka berada di situ, kadar serangan pendatang Yahudi serta pengawal keselamatan mereka ke atas penduduk Palestin semakin meningkat.

Pertubuhan Ateret Cohanim, yang mendapat sumbangan yang dibebaskan cukai dari Amerika, menjalankan kempen mengusir penduduk Palestin dari kota al-Quds Timur. Mereka mendakwa tanah seluas 5,200 meter persegi di Batn al-Hawa pernah dimiliki oleh Yahudi dari Yaman pada tahun 1881.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts