Menteri Zionis: Pengilhakan akan diteruskan

NAZARETH, 17 Ogos 2020 — Menteri Tenaga Zionis, Yuval Steinitz, semalam menegaskan bahawa rancangan pengilhakan wilayah Tebing Barat akan diteruskan walaupun pihak rejim telah menjalin “persefahaman damai” dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam satu tembubual dengan YNet, Steinitz menyebut, “Pengilhakan mungkin ditangguhkan beberapa bulan, tetapi ia akan berlaku secara beransur-ansur. Saya yakin ia akan berlaku.”

Tambah beliau lagi, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah pun mendapat kelulusan daripada Washington untuk mengilhak tanah Tebing Barat.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts