Menteri Zionis seru pembunuhan di Gaza

TEL AVIV, 11 Jan 2018 — Menteri Pertanian Zionis, Ori Ariel, semalam menyeru tentera Zionis supaya membuat serangan balas secara “berkualiti” terhadap serangan roket dari Gaza.

Dalam kenyataan beliau melalui satu siaran radio, Ariel mendakwa kononnya tidak mendengar sebarang berita tentang kematian atau kecederaan akibat serangan tentera Zionis ke atas Gaza sejak berbulan-bulan.

Beliau dengan sinis menyebut, “Apa gunanya senjata yang ditembak ke Gaza, sehingga tidak mampu membunuh atau mencederakan penduduk di situ? Sudah masanya ada kematian dan kecederaan di situ.”

Beliau mendakwa, serangan tentera Zionis hanya menghasilkan kepulan asap dari runtuhan rumah, namun tidak ada sebarang berita tentang kecederaan.

(DoP)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts