Mesir buka pintu lintasan Rafah untuk hari keempat

GAZA, 5 Jun 2016 (PIC) — Pihak berkuasa Mesir pagi tadi membuka pintu lintasan di sempadan Rafah untuk hari keempat.

Semalam, hanya 10 buah bas yang membawa 1,008 penumpang dibenarkan keluar meninggalkan Gaza. Manakala lima buah ambulan yang membawa pesakit dan mereka yang cedera turut dibenarkan melintas masuk ke wilayah Mesir.

Khamis lalu, 369 penduduk Palestin yang terkandas di Mesir dibenarkan memasuki Gaza. Manakala pihak berkuasa Mesir menolak permohonan 40 orang penduduk Gaza untuk masuk ke wilayah Mesir.

Sepanjang dua hari lalu, 2,256 penduduk Gaza memasuki wilayah Mesir, 301 melintas dari Mesir memasuki Gaza dan 113 penduduk Gaza dinafikan memasuki Mesir, tanpa diberikan sebarang alasan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts