Mesir Halang Bantuan Perubatan Dari Tunisia dan Eropah

tunisTUNIS, 22 Jul 2014 (PIC) — Mesir enggan membenarkan sebuah pesawat yang sarat dengan ubat-ubatan dan peralatan perubatan menghantar bantuan untuk rakyat Gaza Isnin lalu.

Ketua Parti al-Nahda, Rashid al-Ghannoushi, mendedahkan kepada Rangkaian TV Al-Jazeera bahawa kerajaan Mesir enggan membenarkan kapal terbang Tunisia itu mendarat di sebuah lapangan terbang Mesir berdekatan Gaza.

Minggu lalu Presiden Tunisia, Moncef Marzouki, telah mengisytiharkan perancangan negaranya untuk menghantar sebuah kapal terbang membawa bantuan perubatan ke Gaza. Kapal terbang tersebut juga dirancang untuk membawa pulang mangsa serangan yang mengalamai kecederaan berat bagi mendapat rawatan di Tunisia

Pada masa yang sama, pihak berkuasa Mesir terus menghalang satu pasukan pakar perubatan memasuki Gaza sunggupun mereka sudah memilik semua dokumen yang diperlukan untuk memasuki Gaza. Koordinator bagi Forum of Palestinian Doctors in Europe (FPDE), Dr. Mohammed Abu Nada, memberitahu mereka dihalang memasuki Gaza oleh tentera Mesir sejak lima hari lalu walaupun sudah mendapat kebenaran bagi memasuki Gaza.

Delegasi FPDE itu membawa bersama mereka beberapa orang pakar bedah, termasuk di dalam bidang vaskular dan pediatrik.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts