Mesir lanjutkan pembukaan pintu lintasan Rafah selama 4 hari

KAHERAH, 6 Julai 2016 (PIC) — Pihak berkuasa Mesir semalam memutuskan untuk melanjutkan pembukaan pintu lintasan sempadan di Rafah di kedua-dua arah untuk tempoh empat hari lagi.

Pintu Rafah dibuka selama lima hari sehingga Isnin lalu, di mana 3,750 orang dibenar meninggalkan wilayah yang dikepung sejak 10 tahun lalu itu. Bagaimanapun seramai 159 orang tidak dibenarkan memasuki Mesir, tanpa memberi sebarang alasan.

Manakala seramai 1,620 orang yang terkandas di wilayah Mesir dibenarkan melintas masuk ke Gaza.

Lebih 28,000 penduduk Gaza masih menunggu kebenaran untuk melintas ke wilayah Mesir untuk keperluan perubatan segera dan juga melanjutkan pelajaran.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts