Mesir musnahkan 10 lagi terowong hayat Gaza

Jaringan terowong digunakan untuk membawa masuk bekalan asas ke Gaza
Jaringan terowong digunakan untuk membawa masuk bekalan asas ke Gaza

Sebagai langkah mengetatkan lagi sekatan ke atas rakyat Gaza, Mesir memusnahkan 10 lagi terowong di utara bandar Rafah. Terowong-terowong tersebut merupakan saluran yang amat penting untuk membawa masuk bekalan ke daerah Gaza yang sekian lama dikenakan sekatan dan pengasingan.

Pasukan keselamatan Mesir menjumpai lokasi terowong-terowong yang merentasi Gaza dan Mesir dan meletupkan kesemuanya pada hari Isnin 14 September, setelah medapat maklumat daripada seorang rakyat Palestin yang ditangkap minggu lepas. Muhammad al Shaer ditangkap di pintu masuk sempadan Rafah ketika cuba memasuki Gaza dengan menggunakan dokumen palsu. Menurut pegawai-pegarai Mesir, banyak lagi terowong yang akan dijumpai berikutan tangkapan tersebut.

Akibat sekatan berterusan kepada laluan darat, udara dan laut yang dikenakan oleh rejim pengganas Isreal dan juga Mesir ke atas Gaza sejak bulan Jun 1997 ketika mana Hamas mengambil-alih kuasa di Gaza, 1.5juta penduduk Gaza terpaksa bergantung kepada penggunaan terowong sebagai satu-satunya jalan mendapatkan bekalan asas seperti makanan dan ubatan.

Terowong merentasi sempadan, yang juga dikenali sebagai lorong pembekal Gaza, sepanjang sempadan Rafah sering diserang oleh tentera Zionis Israel mahupun Mesir. (mn/PressTV)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts