Mesir Musnahkan 20 Terowong Gaza Sepanjang November

SINAI, 7 Dis 2015 (MEMO) — Tentera Mesir hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memusnahkan laluan masuk ke beberapa jaringan terowong bawah tanah yang menghubungkan Semenanjung Sinai dan Gaza.

Menurut jurucakap tentera Mesir, Brigadier-General Mohamed Samir, laluan masuk ke 20 terowong telah dimusnahkan di Sinai Utara sepanjang November lalu.

Penduduk Gaza sejak beberapa tahun bergandung kepada jaringan terowong lintas sempadan bagi membawa masuk keperluan asas mereka termasuk makanan, minyak dan ubat-ubatan, setelah disekat oleh rejim Zionis dan Mesir sejak tahun 2007.

September lalu, tentera Mesir mengambil langkah kontroversi dengan membanjiri kawasan sempadan di Rafah dengan air laut untuk memusnahkan terowong bawah tanah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts