Mesir tutup pintu lintasan Rafah setelah dibuka 3 hari

GAZA, 9 Mac 2017 (PIC) — Pihak berkuasa Mesir menutup semula pintu lintasan sempadan di Rafah setelah membukanya untuk kes-kes kemanusiaan selama tiga hari berturut-turut sejak Isnin lalu.

Semalam, 12 buah bas dibenarkan memasuki wilayah Mesir. Bagaimanapun, pintu lintasan dibuka pada pagi ini hanya untuk membenarkan mereka yang terkandas dalam wilayah Mesir memasuki Gaza.

Sepanjang tiga hari dibuka, seramai 2,058 orang dibenarkan meninggalkan Gaza manakala 1,961 dibenarkan melintas masuk ke wilayah yang terpekung itu. Namun seramai 194 orang tidak dibenarkan memasuki Mesir, tanpa diberi sebarang alasan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts