Mesir tutup pintu lintasan Rafah setelah dibuka 5 hari

GAZA, 4 Julai 2016 (Maan) — Pihak berkuasa Mesir menutup pintu laluan keluar-masuk sempadan Gaza setelah membukanya selama lima hari.

Di hari terakhir pembukaan lintasan, pihak Mesir menghetikan kebanjiran penduduk Gaza yang ingin meninggalkan wilayah yang terkepung itu, sementara membenarkan mereka yang terkandas di wilayah Mesir memasuki Gaza.

Kementerian Dalam Negeri Gaza menyatakan seramai 3,099 penduduk Gaza memasuki wilayah Mesir dalam tempoh lima hari tersebut, termasuk 546 orang pemegang pasport Mesir.

Pada tahun 2015, pintu lintasan di sempadan Rafah ditutup selama 344 hari.

Kali terakhir pintu Rafah dibuka adalah pada minggu pertama bulan Jun lalu, sempena bermulanya bulan Ramadan. Pembukaan selama empat hari itu membenarkan seramai 3,000 orang meninggalkan Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts