Mesir tutup pintu Rafah untuk hari Khamis, setelah 9 buah bas dibenarkan melintas

GAZA, 2 Jun 2016 (Maan) — Pihak berkuasa Mesir petang tadi menutup pintu lintasan Rafah setelah sembilan buah bas dibenarkan melintas.

Pintu Rafah dibuka sejak pagi Rabu, dengan memberi keutamaan kepada mereka yang berdaftar dan tidak sempat melintas ketika pintu dibuka selama dua hari tiga minggu lalu.

Seramai 330 penduduk Gaza termasuk pesakit, pelajar dan mereka yang memegang passpot luar negara, dibenarkan memasuki wilayah Mesir pada hari Rabu. Manakala seramai 91 orang yang terkandas di Mesir berjaya memasuki wilayah Gaza.

Tiga minggu lalu, hanya beberapa ratus orang daripada 30,000 yang sedang menunggu berjaya melintas keluar ke wilayah Mesir. 4,000 daripada mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan di luar negara.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts