Mesir Tutup Semula Pintu Rafah

RAFAH, 2 Dis 2014 (Ma’an | WorldBulletin) — Pihak berkuasa Mesir menutup semula pintu masuk di lintasan Rafah selepas membukanya selama dua hari bagi membenarkan penduduk Gaza yang terkandas meninggalkan wilayah Mesir.

Pintu tersebut ditutup Isnin lalu setelah 554 orang penduduk Gaza yang terkandas selama beberapa minggu di sempadan Mesir melintas masuk. Tidak ada penduduk Gaza dibenarkan keluar ke Mesir.

Rabu lalu, Mesir juga membuka pintu Rafah bagi membenarkan sekitar 500 orang yang terkandas di Mesir masuk ke Gaza. Sebelumnya, pintu tersebut ditutup selama lebih 30 hari berturut-turut.

Mesir mengetatkan sekatan di sempadan Gaza sejak Presiden Mohammed Morsi diguling oleh tentera. Penutupan pintu masuk di Rafah mengeruhkan lagi keadaan penderitaan rakyat Gaza yang telah diserang secara besar-besaran sebanyak lima kali sepanjang bermulanya sekatan oleh rejim Zionis sejak tahun 2007.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts