Mogok Umum Bantah Pengharaman Pergerakan Islam

RAMALLAH, 19 Nov 2015 (PIC) — Mogok umum bagi membantah pengharaman Pergerakan Islam cawangan utara dilancarkan di seluruh Wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Satu perhimpunan aman besar-besaran juga akan diadakan di bandar Umm al-Fahm hari Sabtu ini.

Isnin lalu, rejim Zionis mengumumkan tindakan mengharamkan Pergerakan Islam yang dipimpin oleh Sheik Raed Salah itu dan menetapkan sebarang aktiviti berkaitan dengan pertubuhan itu sebagai kesalahan jenayah yang boleh membawa hukuman penjara.

Pasukan polis dan perisikan Zionis menyerang 17 buah pejabat dan institusi Pergerakan Islam di Umm al-Fahm pada awal pagi Selasa, dengan merampas dokumen dan peralatan. Sheikh Raed dan timbalannya, Kamal al-Khatib, bersama aktivis Suleiman Ahmad, diarah hadir untuk soal siasat. Ketua perhubungan antarabangsa, Youssef Awawda, ditahan dalam serangan tersebut.

Pergerakan Islam memberikan perkhidmatan berkaitan keperluanĀ agama, sosial dan kebajikan kepada penduduk Palestin, melibatkan institusi seperti masjid, sekolah, klinik dan juga kemudahan sukan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts