Moshe Feiglin: Letupan di Beirut adalah anugerah tuhan

TEL AVIV, 5 Ogos 2020 — Mantan Ahli Parlimen Zionis dan pemimpin parti Zehut, Moshe Zalman Feiglin, menyambut gembira berita letupan besar di pelabuhan Beirut petang semalam, sambil menyifatkan tragedi tersebut sebagai pertunjukan bunga api yang hebat dan anugerah dari tuhan.

Dalam tulisan beliau di laman Facebook, Feiglin menyatakan syukur dengan apa yang berlaku dan mendakwa ia bertepatan dengan ketibaan perayaan To B’av, iaitu perayaan Yahudi yang disambut dengan acara tarian, nyanyian dan agihan bungaan.

Dalam termubual bersama sebuah stesen radio, Feiglin berharap rejim Zionis menjadi dalang disebalik letupan tersebut. Kata beliau, “Kalau ia dilakukan oleh kita [rejim Zionis], dan saya harap ianya [adalah] kita, kita patut berbangga dengan [jenayah] itu, dan kejaidan itu akan mengimbangkan keganasan. Dengan menafikan [penglibatan] kita, kita meletakkan diri dalam kegelapan moral.”

Sekurang-kurangnya 300 orang maut dan lebih 5,000 yang lain tercedera dalam letupan di pelabuhan Beirut itu. Kerajaan Lubnan setakat ini menolak sama sekali tawaran bantuan daripada rejim Zionis.

[MEMO, Social Media]

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts