Mossad latih komando India serang kumpulan Sikh

LONDON, 6 Jun 2018 — Bersempena ulang tahun ke-34 peristiwa berdarah serangan ke atas Golden Temple pada 6 Jun 1984, India Today mendedahkan bahawa ejen-ejen Mossad merupakan dalang melatih pasukan komando tentera India untuk membuat serangan kontroversi “Operasi Bintang Biru” ke atas tapak suci Sikh itu.

Serangan tersebut telah mencetus pertempuran di antara pasukan Komando Kompeni-56 India dengan kumpulan militan Sikh, kira-kira 100 kaki daripada “Hamandir Sahib” yang merupakan kuil yang paling suci dalam kompleks Golden Temple. Seramai 83 askar India dan 492 orang awam terbunuh.

Kerajaan India bagaimanapun menghalang sebarang liputan media tentang tragedi tersebut.

Susulan kejadian, Perdana Menteri Indira Gandhi, yang dilihat oleh masyarakat Sikh sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas insiden tersebut, dibunuh oleh dua orang pengawal peribadinya berbangsa Sikh pada 31 Oktober 1984.

India terus berhadapan dengan krisis sejak pembunuhan tersebut, di mana rusuhan anti-Sikh merebak ke seluruh negara sehingga ribuan orang Sikh terbunuh. Pengeboman Flight 182 Air India yang membunuh 329 penumpang pada tahun 1985 dianggap sebagai tindakan membalas dendam.

Selepas 34 tahun kejadian, bangsa India terus berpecah akibat sentuhan jahat rejim Zionis.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts