Mufti Palestin seru penduduk Islam tolak syarat rejim Zionis di al-Aqsa

AL-QUDS, 18 Julai 2017 (PIC) — Mufti Besar al-Quds dan Palestin Sheikh Muhamed Hussein, Ketua Suruhanjaya Tinggi Islam Sheikh Ikrima Sabri dan Ketua Majlis Wakaf Islam Sheikh Abdul-Adheem, semalam mengeluarkan kenyataan bersama menyeru penduduk Islam menolak serta memboikot syarat-syarat yang dikenakan oleh rejim Zionis di Masjid al-Aqsa.

Syarat-syarat tersebut dilihat sebagai cubaan rejim Zionis untuk mengubah status quo tapak suci umat Islam itu.

Kenyataan tersebut menyeru para jemaah menolak arahan supaya melalui alat pengesan logam untuk memasuki atau keluar dari masjid. Mereka turut mengajak para jemaah mendirikan solat di jalan-jalan hadapan pintu-pintu masjid dan pintu masuk Kota Lama sehinggalah pihak rejim penjajah membatalkan arahan-arahan dan membuang semua alat pengesan logam yang dipasang di atas tapak suci itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts