Muhammad Allan dikurung berseorangan setelah mogok lapar sejak 10 hari

BEIT LAHM, 18 Jun 2017 (Maan) — Tahanan Muhammad Allan dipindahkan ke dalam kurungan berseorangan di penjara Megiddo semalam setelah mogok lapar sejak 10 hari lalu.

Muhammad ditangkap 8 Jun lalu dan melancarkan mogok lapar pada hari yang sama dalam penjara Jalama.

Khamis lalu, sebuah mahkamah tentera Ziois mendakwa Muhammad dengan tuduhan menghasut di media sosial.

Beliau yang merupakan seorang peguam dari perkampungan Ainabus di wilayah Nablus telah dibebaskan pada bulan Npvember 2015 setelah menjalani hukuman tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan selama setahun. Ketika dalam tahanan, Muhammad melancarkan mogok lapar selama 66 hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts