AL-QUDS, 29 Mei 2016 (PIC) — Pihak berkuasa rejim Zionis hari ini membebaskan aktivis dan murabitat al-Aqsa, Hanadi Halawani, secara bersyarat serta dikenakan tahanan dalam rumah.
Rejim penjajah mengenakan larangan ke atas beliau memasuki Masjid al-Aqsa dan juga Kota Lama al-Quds selama enam bulan. Beliau juga diharamkan keluar selama 30 hari dan diarah supaya tidak berhubung dengan mana-mana murabitun sekalipun.
Di samping itu, Hanadi juga dikenakan denda sebanyak 1,000 shekel (RM1,070) dan ikat jamin sebanyak 8,000 shekel.
Hanadi yang juga merupakan seorang guru di Masjid al-Aqsa ditangkap pada 23 Mei lalu.