Murabitat Khadija dibebaskan setelah rejim Zionis gagal mengemuka bukti

AL-QUDS, 28 Jun 2016, (PIC) — Mahkamah Majistret Zionis hari ini membebaskan murabitat Khadija Khweis dengan bersyarat, setelah mengugurkan semua dakwaan ke atas beliau.

Menurut peguam Khadija, tahanan ke atas ibu kepada lima orang anak itu bertujuan untuk memberi tekanan ke atasnya kerana pihak Zionis gagal mendakwa atau mengemukakan bukti untuk menyabitkan beliau bersalah menyertai pertubuhan yang diharamkan.

Mahkamah Zionis itu bagaimanapun memutuskan supaya Khadija dikenakan tahanan dalam rumah selama 10 hari dan diharamkan memasuki Masjid al-Aqsa atau Kota Lama al-Quds selama 60 hari, di samping hukuman denda sebanyak 2,000 shekel (RM2,130). Beliau juga diharamkan memasuki wilayah yang dikawal oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk tempoh 180 hari.

Ketika dalam tahanan, tentera Zionis menangkap suami Khadija, Ibrahim Abu Alya, dan menghalau beliau ke wilayah Tebing Barat.

Anak lelaki Khadija turut ditangkap dan disoal siasat selama beberapa jam sebelum dibebaskan.

Khadija sebelum in pernah ditangkap sebanyak empat kali atas tuduhan yang sama. Beliau sering menjadi mangsa halangan sistematik rejim Zionis sejak beberapa tahun sebelum ini, hanya kerana komitmen beliau mempertahankan Masjid al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts