Murabithat al-Aqsa diculik dari Pintu al-Asbat

AL-QUDS, 29 Ogos 2017 — Polis penjajah Zionis menculik murabithat Raeda Sa’id dari Pintu al-Asbat di Masjid al-Aqsa tengahari tadi, dan mengheret beliau ke sebuah pusat interogasi di Kota Lama al-Quds.

Dalam pada itu, Mahkamah Majistret Zionis membebaskan murabithat Manal Shweiki, 34, dengan mengenakan tahanan dalam rumah selama dua minggu dan denda sebanyak 10,000 shekel (RM12,000).

Manal, seorang guru di sebuah sekolah dalam perarangan al-Aqsa yang sedang hamil dan ibu kepada empat orang anak, ditangkap dari rumahnya di bandar Silwan di selatan Masjid al-Aqsa Rabu minggu lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts