Murid-Murid Palestin Desak Zionis Pulangkan Beg Sekolah

RAMALLAH, 20 Nov 2015 (PIC) — Sekitar 230 orang murid-murid Palestin mendesak pihak berkuasa Zionis supaya memulangkan beg sekolah mereka yang dicuri semasa berada dalam tahanan awal bulan Oktober lalu.

Ketua Persatuan Tahanan Palestin (PPS) di Al-Khalil, Amjad al-Najar, berkaat dalam kenyataan media beliau, “Sebilangan kanak-kanak yang baharu dibebaskan, bersama keluarga mereka, merayu kepada PPS supaya mendapatkan semula beg-beg mereka.”

“Kami sudah biasa membuat rayuan supaya dipulangkan wang, kad pengenalan, atau peranti mobil milik tahanan. tetapi kini tiba harinya pula murid-murid menuntuk beg sekolah mereka,” kata Amjad.

Beliau turut menyoal polisi rejim Zionis itu yang boleh menjejaskan psikologi dan masa depan murid terbabit.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts