Murid Tidak Dapat Ke Sekolah, Terhalang Oleh Serangan Tentera

AL-KHALIL, 19 Nov 2015 (Maan) — Para pelajar Sekolah Tariq Ibn Zaid di Al-Khalil mengalami sesak nafas dan tidak dapat ke sekolah kerana tentera Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan menyembur air kotoran di kawasan selatan Kota Lama Al-Khalil.

Kawasan sekitar sekolah tersebut menjadi tegang apabila pihak tentera menuduh seorang penduduk Palestin membaling balang gas pemedih mata ke arah sekatan tentera Abu a-Reesh.

Sekolah Tariq Ibn Zaid terletak di dalam kawasan “H2” yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis. Lebih 500 orang pendatang Yahudi menduduki kawasan H2, di mana mereka dilindungi oleh 1,500 orang tentera Zionis.

Sekitar 30,000 penduduk asal Palestin di situ hidup di bawah sekatan dan kekangan yang melampau, di mana mereka terpaksa melalui pemeriksaan keselamatan dan juga sering ditahan oleh tentera, di samping serangan daripada pendatang Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts