GAZA, 28 Julai 2018 — Di tengah-tengah kepungan zalim rejim Zionis sejak 12 tahun lalu, penduduk Gaza gigih berusaha menyara hidup dan cuba berdikari dengan sekadar apa yang ada.
Kali ini, bumi yang penuh keberkatan itu menghasilkan buah anggur yang sangat subur.
Sungguhpun begitu, petani Gaza tidak dapat mengeksport keluar hasil titik peluh mereka. Krisis kemiskinan dan pengangguran yang melanda Gaza juga menghalang pasaran tempatan yang lebih baik.
(MEMO)