Muslimah Palestin ditembak selepas cuba menikam seorang askar

AL-KHALIL, 20 Dis 2015 (IMEMC) — Seorang muslimah Palestin cedera parah ditembak oleh tentera Zionis berdekatan sebuah sekatan tentera di Jalan Shuhada di Kota Lama Al-Khalil selepas beliau dikatakan cuba menikam seorang askar.

Muslimah berusia 35 tahun yang berasal dari sebuah perkampungan Palestin di Al-Khalil itu ditembak dengan peluru getah di bahagian kepala. Beliau kemudiannya ditangkap oleh tentera Zionis.

Beberapa orang pemuda Palestin yang cuba membantu dan menyelamatkan mangsa juga ditembak, di mana dua daripada mereka cedera dan dikejarkan ke hospital.

Tidak ada sebarang kecederaan di pihak tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts