Muslimat al-Quds dipenjara 7 bulan, diharam masuk Kota Suci 3 tahun

AL-QUDS, 1 Dis 2016 (Maan) — Muslimat Shifa al-Shaludi dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh bulan serta lima bulan hukuman tertangguh, dan diharamkam memasuki kota suci al-Quds selama tiga tahun setelah selesai menjalani hukuman tahanan dalam rumah selama 11 bulan.

Beliau ditangkap di rumahnya pada bulan Oktober 2015 dan merengkok dalam penjara selam 40 hari sebelum dibebaskan dengan ikat jamin dan hukuman tahanan dalam rumah, setelah dituduh cuba menyerang seorang polis Zionis dan tinggal di kota al-Quds tanpa kebenaran.

Shifa, seorang pemegang kad pengenalan Tebing Barat, tinggal di al-Quds Timur bersama suami serta empat anaknya sejak 18 tahun lalu dengan status “penyatuan keluarga”. Namun kini pihak rejim membatalkan status tersebut dan mengharamkan beliau memasuki al-Quds selama tiga tahun.

Anak beliau Fadi turut ditangkap dan dikenakan tahanan dalam rumah selama tujuh bulan sebelum dipenjara selama 100 hari, manakala seorang lagi anaknya Samer dihukum penjara selama tujuh bulan, atas alasan yang masih tidak dimaklumkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts