Muslimat al-Quds ditembak mati

AL-QUDS, 29 Mac 2017 (PIC) — Pasukan polis Zionis menembak mati seorang muslimat Palestin berdekatan Bab al-Amoud di Kota Lama al-Quds selepas menuduh beliau cuba menikam seorang anggota polis tengahari tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Siham Rated Nimir, 49, adalah ibu kepada syahid Musfata Nimir dari kem pelarian Shufat di al-Quds yag dibunuh oleh tentera Zionis enam bulan lalu.

Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin dihalang mendekati mangsa untuk membenri bantuan. Bagaimanapun seorang lagi perempuan berjaya dipindahkan dari tempat kejadian setelah beliau dipukul oleh pasukan keselamatan Zionis.

Kenyataan saksi menyebut bahawa Siham sedang berjalan bersama seorang anak perempuannya melalui Bab al-Amoud sebelum berlaku pertelingkahan dengan pegawai polis. Seorang pegawai polis sempadan Zionis kemudian melepaskan tembakan secara tiba-tiba, dan mangsa dibiarkan berdarah sehinggan menghembus nafas terakhir.

Anak perempuannya ditangkap oleh polis Zionis di tempat kejadian.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts