Muslimat Ditangkap Di Masjid Al-Aqsa

aqsa-womanAL-QUDS, 23 Okt 2014 (Anadolu | IMEMC) — Tentera dan polis Zionis menangkap sembilan Muslimat Palestin ketika mereka dalam perjalanan keluar dari Masjid al-Aqsa petang semalam, dan membawa mereka ke sebuah stesen polis di Kota Lama al-Quds.

Puluhan askar Zionis dikerahkan ke sekitar Masjid al-Aqsa dan perkarangannya sejak tengahari Rabu dan menyekat para Muslimat yang keluar masjid sebelum menangkap sembilan orang daripada mereka.

Tentera Zionis menangkap Zainab Abu Mayyala, Zeinat Abu Sbeih dan Rana Da’na ketika melalui Pintu Hatta. Manakala Noura Al-Herbid, Mayy al-Assad serta Amna ditangkap ketika keluar melalui Pintu al-Asbat dan tiga lagi di Pintu Raja Faisal.

Semua mereka yang ditangkap dibawa ke Balai Polis al-Qashla. Dua daripada mereka, Latifa Abdul-Latif dan Wahba Sarhan, diarahkan hadir semula ke balai polis pada hari Khamis untuk disoal-siasat.

Menurut kenyataan pengawal masjid, 11 orang Muslimat telah didakwa melaungkan takbir “Allahu Akbar” ketika pendatang Yahudi masuk ke dalam perkarangan masjid. Sekitar 100 orang pendatang Yahudi bersama pegawai perisik dan polis menceroboh masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa dalam beberapa kumpulan yang berbeza semalam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts