Nael Barghouthi dipindah ke penjara Ramon

RAMALLAH, 22 Nov 2016 (PIC) — Pihak penjara Zionis memindahkan tahanan Nael al-Barghouthi, 57, dari penjara Negev ke penjara Ramon malam tadi tanpa memberikan sebarang alasan.

Nael yang terkenal sebagai “dekan tahanan Palestin” merupakan tahanan paling lama merengkok dalam penjara Zionis, iaitu selama 37 tahun.

Lelaki yang berasal dari bandar Kobar di Ramallah itu telah dibebaskan pada tahun 2011 dalam perjanjian tukaran tawanan, namun beliau ditangkap dan dipenjara semula pada tahun 2014.

Beliau sepatutnya dibebaskan pada 6 November lalu, namun sebuah mahkamah Zionis menerima rayuan pihak penjara untuk terus menahan beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts