Negara Arab Bekerjasama Dengan Zionis Untuk Hentikan Intifadah – Raed Salah

AL-QUDS, 4 Nov 2015 (MEMO) — Ketua Pergerakan Islam di Jajahan Palestin 1948 Sheikh Raed Salah mendedahkan bahawa sebilangan negara Arab menyeru supaya dihentikan Intifadah Al-Quds sebagai syarat kepada beberapa cadangan alternatif.

“Beberapa negara besar Arab memaklumkan kami tentang beberapa cadangan,” kata Sheikh Raed, dengan menegaskan bahawa negara-negara terbabit cuba membuat tawaran kepada beliau supaya menghentikan intifadah yang kini memasuki bulan kedua.

“Mereka mencadangkan untuk memberi kami kawalan sepenuhnya ke atas sekolah-sekolah Syariah di dalam Masjid Al-Aqsa, sebagai balasan kepada usaha menghentikan intifadah secara serta-merta,” terang beliau lagi, yang juga terkenal sebagai Sheikh Al-Aqsa.

“Ini membuktikan bahawa terdapat negara-negara Arab yang berpakat dengan rejim penjajah Zionis untuk menghentikan intifadah, sebelum ianya merebak ke tahap yang lebih merbahaya bagi mereka.”

Namun beliau menegaskan bahawa intifadah tidak akan sekali-kali dihentikan sehinggalah mereka mencapai semua objektifnya, dan Pergerakan Islam tidak akan dibiarkan menjadi alat kepada penjajahan Zionis.

“Penjahahan Zionis dan kezaliman mereka yang berterusan serta kejahatan pendatang Yahudi adalah punca utama yang menyebabkan tercetusnya infifadah,” kata beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts