Nelayan dan petani Gaza diserang tentera Zionis

GAZA, 10 Ogos 2016 (PIC) — Bot-bot tentera laut Zionis pagi tadi melepaskan tembakan mesingan ke arah nelayan yang sedang belayar dalam zon 12 batu nautikal di perairian Rafah dan Khan Younis, menyebabkan mereka terpaksa berundur balik ke daratan.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam perkembangan lain, sekumpulan petani terpaksa meninggalkan ladang mereka apabila ditembak oleh tentera Zionis di kawasan tengah Gaza.

Sejak April lalu, seramai 80 nelayan Gaza ditangkap dan 21 buah bot dirampas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts