Ringkasan

Nelayan Gaza Cedera Ditembak Tentera Laut Zionis

GAZA, 5 Mac 2015 (Maan | World Bulletin) — Tentera Laut Zionis semalam melepaskan tembakan ke arah beberapa buah bot nelayan di perairan al-Sudaniyya di utara Gaza. Dua orang nelayan tercedera dan empat yang lain diculik.

Jurucakap Persatuan Nelayan Gaza, Nizar Ayyash, mengesahkan Eid Muhsin Bakr dan Ziad Fahd Bakr telah tercedera, di mana salah seorang daripadanya dikejarkan ke Hospital Shifa dalam keadaan cedera parah.

Empat lagi nelayan diculik dan dibawa ke pelabuhan Ashdod.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts