Nelayan Gaza cedera ditembak tentera Zionis

GAZA, 30 Mei 2017 (PIC) — Seorang nelayan Palestin cedera ditembak oleh tentera Zionis ketika belayar di perarian al-Sudaniya, barat laut Gaza, pagi tadi.

Mangsa cedera di bahagian kaki apabila ditembak dengan peluru hidup tanpa sebarang alasan oleh seorang askar yang bertugas di menara kawalan sempadan kota Beit Lahia di utara Gaza. Beliau dikejarkan ke Hospital Indonesia dalam keadaan parah.

Perjanjian Oslo 1993 menetapkan bahawa nelayan Palestin dibenarkan belayar menangkap ikan sehingga 20 batu nautikal dari pantai Gaza. Bagaimanapun, rejim Zionis menyempitkan lagi zon tangkapan ikan itu kepada hanya tiga batu nautikal sejak 18 tahun lalu. Bahkan tentera Zionis sering mengenakan limit kurang dari tiga batu nautikal sejak serangan pada tahun 2008-09.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts