Nelayan Gaza dibebaskan selepas dikurung 3 minggu tanpa kesalahan

GAZA, 30 Jan 2018 — Rejim Zionis petang tadi membebaskan nelayan Mu’men al-Numan setelah menangkap beliau di perairan utara Gaza dan kemudian mengurungnya selama tiga minggu tanpa sebarang kesalahan.

Mu’men diculik pada 9 Januari lalu bersama lima nelayan lain, tetapi terus ditahan apabila semua rakannya dibebaskan tidak lama selepas kejadian.

Beliau pulang ke Gaza melalui pintu lintasan Beit Hanoun di utara Gaza.

Mengikut Perjanjian Oslo 1993, nelayan Palestin dibenarkan menangkap ikan sehingga 20 batu nautikal dari pantai Gaza. Namun sejak 18 tahun lalu, tentera laut Zionis mengurangkan keluasan zon tersebut sehingga hanya tiga batu nautikal.

Sejak serangan tahun 2008-09, tentera laut Zionis sering mengganggu nelayan Gaza walaupun mereka berada di kawasan kurang daripada tiga batu nautikal.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts