Nelayan Gaza didakwa langgar bot tentera Zionis, baling batu

BEERSHEBA, 30 Dis 2015 (Maan) – Dua orang nelayan Gaza dihadapkan ke sebuah mahkamah Zionis hari ini atas beberapa tuduhan, termasuklah menangkap ikan di luar kawasan tangkapan yang dibenarkan, melanggar bot tentera laut Zionis dengan sengaja, dan membaling batu ke arah tentera Zionis.

Zayid Zaki Tarrush, 23 tahun, dan Mahmoud Muhammad Munir Bakr, 33 tahun, dibawa ke mahkamah di Beersheba dan dituduh dengan dua senarai dakwaan berkaitan insiden tersebut, yang dikatakan telah berlaku pada jam 5:00 pagi, 7 Disember lalu.

Pada hari kejadian, tentera laut Zionis telah menembak beberapa buah bot nelayan Gaza namun tidak ada kecederaan dilaporkan.

Sekatan yang dikenakan ke atas Gaza memaksa nelayan menangkap ikan di zon yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, menurut Palestinian Center for Human Rights, tentera Zionis sering kali menembak nelayan walaupun mereka berada di dalam zon tersebut.

Oleh kerana serangan yang kerap berlaku, banyak insiden serangan ke atas nelayan Gaza tidak dilaporkan. Sepanjang sembilan bulan pertama tahun 2015, sekurang-kurangnya 117 isiden serangan telah berlaku di mana 22 nelayan mengalami kecederaan dan 15 lagi diculik.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts