Nelayan Gaza hilang selepas diserang tentera laut Zionis

GAZA, 5 Jan 2017 (Maan) — Nelayan Palestin Muhammad Ahmad al-Hassi, 33, dilaporkan hilang selepas bot beliau diserang oleh tentera laut Zionis dan tenggelam pada jam 10:30 malam tadi di perairan Beit Lahiya, utara Gaza.

Tentera laut Zionis melepaskan tembakan peluru hidup dan kemudian menyembur beberapa buah bot nelayan dengan air laut dengan pecutan tinggi, ketika mereka sedang belayar kurang empat batu nautikal dari pantai Gaza.

Operasi mencari sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts