Nelayan Gaza meninggal dunia akibat cedera ditembak

GAZA, 15 Mei 2017 (Maan) — Nelayan Palestin Muhammad Majid Bakr, 23, meninggal dunia akibat cedera parah ditembak oleh tentera laut Zionis ketika sedang menangkap ikan di perairan Sudaniyya di utara Gaza awal pagi tadi.

Almarhum yang berasal dari kem pelarian al-Shati ditembak di bahagian dada dan meninggal dunia ketika sedang dirawat di sebuah hospital Zionis di Ashkelon. Beliau ditangkap oleh tentera selepas ditembak bersama adiknya Umran Majid Bakr. Tiga lagi nelayan ditangkap di kawasan sama petang semalam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts