Netanyahu akan luaskan penempatan haram Efrat

BEIT LAHM, 1 Ogos 2019 — Pemimpin Zionis, Benjamin Netanyahu, semalam merasmikan sebatang laluan bersiar-siar di penempatan haram Efrat di selatan Tebing Barat, dan mengumumkan rancangan untuk membina 8,250 rumah tambahan baharu di situ.

Pada masa yang sama, beliau berikrar bahawa semua penempatan haram di Tebing Barat tidak akan dikosongkan. “Tidak ada penempatan atau pendatang yang akan dihapuskan. Semuanya telah berakhir. Apa yang anda lakukan di sini akan kekal selamanya,” ikrar Netanyahu.

Semalam, kabinet Zionis telah meluluskan rancangan pembinaan 6,000 rumah baharu di kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts