Netanyahu akan usir pasukan pemerhati antarabangsa dari al-Khalil

AL-KHALIL, 29 Jan 2019 — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu semalam berkata beliau akan mengusir pasukan khas yang membantu melindungi penduduk Palestin di kota al-Khalil, selatan Tebing Barat, dengan menuduh pasukan tersebut menjalankan aktiviti “anti-Israel”.

Beliau mengumumkan bahawa mandat kepada pasukan “Temporary International Presence in Hebron (TIPH)” tidak akan diperbaharui. Mandat sedia ada akan tamat dalam tempoh 14 hari lagi.

Bagaimanapun, kenyataan beliau tidak menyebut bentuk aktiviti-aktiviti yang dituduh itu.

TIPH diwakili oleh 64 orang pemerhati dari Norway, Itali, Sweden, Switzerland dan Turki. Ia ditubuhkan pada tahun 1994, selepas seorang pelampau Yahudi membunuh 29 penduduk Palestin ketika menunaikan solat Subuh di Masjid Ibrahimi.

(MEMO, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts