Netanyahu: al-Aqsa akan terjajah selama-lamanya

BAITUL MAQDIS, 25 Mei 2017 (MEMO) — Sehari selepas kunjungan Presiden Amerika ke Palestin, pemimpin rejim penjajah Zionis, Benjamin Netanyahu, berikrar bahawa Masjid al-Aqsa, atau apa yang mereka gelar sebagai Bukit Haikal (Temple Mount), akan tetap berada di bawah kawalan mereka selama-lamanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi khas parlimen Zionis sempena menyambut ulangtahun ke-50 penjajahan kota Baitul Maqdis. Dalam ucapan beliau, Netanyahu turut mendakwa bahawa tidak ada apa-apa di bumi Palestin sebelum ia dijajah.

Netanyahu berikrar bahawa negara haram Zionis itu tidak akan kembali seperti keadaan asalnya, di mana kota Baitul Maqdis dibahagi dua. “Bukit Haikal dan Tembok Barat (tembok ratapan) akan tetap di bawah kedaulatan Israel.”

Kedua-duanya terletak di Kota Baitul Maqdis dan dijajah pada tahun 1967.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts