Netanyahu arah bina muzium Zionis di al-Quds

AL-QUDS, 11 Julai 2017 (PIC) — Pemimpin Zionis, Benjamin Netanyahu, bertindak balas ke atas keputusan UNESCO menyenarai Masjid Ibrahimi dan kota al-Khalil sebagai Warisan Dunia yang Terancam dengan mengumumkan pembinaan sebuah muzium Zionis di kota al-Quds.

Sebelum mesyuarat mingguan kabinet Zionis semalam, Netanyahu mengumumkan rancangan untuk menyiapkan pembinaan muzium yang digelar sebagai “Kedem Center” di bandar Silwan. Kata beliau, “Hari ini saya telah mengarahkan prosedur untuk pembinaan Kedem Center disiapkan, untuk mempamer penemuan sejarah dan arkeologi bagi Kota David [panggilan Zionis ke atas bandar Silwan].”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts