Netanyahu arah musnahkan rumah keluarga Tarayra

AL-KHALIL, 30 Jun 2016 (PIC) — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu dengan sokongan Menteri Perang Avigdor Lieberman memutuskan untuk mengenakan hukuman secara kolektif ke atas penduduk bandar Bani Naim di selatan al-Khalil, berikutan insiden serangan di penempatan haram Kiryat Arba.

Remaja Muhammad Nasser Tarayra, 19, yang berasal dari bandar Bani Naim didakwa menikam seorang kanak-kanak perempuan Yahudi sehingga mati akibat kecederaan, sebelum beliau sendiri ditembak mati di rumah mangsa.

Kenyataan pejabat Netanyahu mengumumkan keputusan untuk mengepung bandar Bani Naim dan membatalkan permit kerja kepada semua ahli keluarga Tarayra. Prosedur untuk memusnahkan rumah keluarga Tarayra juga sedang dilakukan.

Beberapa kumpulan hak asasi mengecam hukuman kolektif yang dikenakan oleh pihak rejim, yang merupakan satu bentuk balas dendam melalui institusi mahkamah dan yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts